Mengaku sebagai Nabi, wanita di Pakistan dihukum mati - Utusan Malaysia

Mengaku sebagai Nabi, wanita di Pakistan dihukum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Mahkamah di Pakistan menjatuhkan hukuman mati kepada seorang pengetua sekolah yang mengaku dirinya sebagai nabi.

Hukuman itu dikenakan atas pertuduhan pendustaan terhadap agama.

Tertuduh, Salma Tanveer turut didenda sebanyak 50,000 rupee, lapor The Independent.

Salma menghadapi pertuduhan menerbitkan salinan dari tulisannya yang cuba menyangkal Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir.

Polis Lahore memberkas Salma selepas laporan oleh seorang ulama tempatan, 2013.

Hakim Mansoor Ahmad Qureshi berkata, wanita itu terbukti menerbitkan tulisan penghinaan terhadap junjungan besar Baginda.

“Dia juga gagal membuktikan kesnya termasuk dalam pengecualian yang diberikan oleh Perkara 84 Perlembagaan Pakistan iaitu kejahatan yang dilakukan akibat gangguan jiwa tidak dianggap bersalah,” katanya.

Seramai 1,472 individu sudah didakwa di bawah undang-undang penistaan agama sejak 1987 di negara ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya