Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat - Utusan Malaysia

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat

TANGKAP layar video yang dirakam orang ramai menunjukkan lelaki memanjat pangsapuri setinggi 14 tingkat di Dongguan, China. - DOUYIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki di China mengejutkan orang ramai dengan kemahiran luar biasanya apabila memanjat pangsapuri sehingga ke tingkat 14 kerana terlupa mengambil kunci rumah.

Lapor Daily Star, lelaki dalam lingkungan usia 50-an itu tinggal di tingkat 14 kompleks kediaman di bandar Dongguan di tenggara China.

Lelaki itu dilaporkan terlupa membawa kunci rumah bersamanya dan hanya menyedari perkara tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke pangsapuri tersebut.

Dalam satu klip video yang tular di laman Douyin, lelaki itu dilihat berpaut pada paip saliran di luar bangunan tinggi dan memanjat sehingga ke tingkat 14.

Dia kemudian memanjat ke pagar balkoni sebelum memasuki ke dalam rumahnya.

Menurut beberapa jiran dari bangunan bersebelahan, lelaki tersebut tidak menggunakan sebarang peralatan ketika memanjat apartmen itu.

“Lelaki mula memanjat dari platform tingkat dua kemudian naik sehingga ke tingkat 14.

“Dia itu berpaut pada paip saliran hampir sepanjang masa,” kata seorang lelaki kepada media tempatan.

Seorang pengguna media sosial menyifatkan tindakan lelaki berkenaan sebagai melulu kerana sanggup membahayakan nyawanya.

“Dia merisikokan nyawa sendiri dengan melakukan sesuatu yang melulu dan tidak masuk akal.

“Lelaki itu mungkin sengaja ingin menunjuk kemahirannya kerana dia boleh sahaja naik ke rumah menggunakan lif,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN