Lelaki pecah rekod dunia isi 3.37 liter air guna tangan dalam masa 30 saat - Utusan Malaysia

Lelaki pecah rekod dunia isi 3.37 liter air guna tangan dalam masa 30 saat

DAVID Rush berjaya menamatkan aksi itu dalam masa 30 saat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seorang lelaki dari Idaho memecahkan Rekod Dunia Guinness selepas berjaya mengisi 3.37 liter air dari sebuah bekas ke bekas yang lain dengan hanya menggunakan tangannya.

Lapor portal UPI, David Rush berkata, agensi memantau aksi itu menetapkan beberapa peraturan khusus termasuk keluasan bekas yang dibenarkan.             

Rush berjaya menamatkan aksi itu dalam masa 30 saat.

Sebelum ini, Rush pernah memecahkan lebih 200 rekod Guinness untuk mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Rush memecahkan rekod yang dipegang oleh Usman Ayyub dari Pakistan pada 2019.

Usman pada ketika itu mengisi sebanyak 2.59 liter air antara dua bekas dengan menggunakan tangannya.

Menurut Rush, dia mengukur hasil keputusan itu menggunakan tiga cara.

“Pertama adalah menggunakan tanda di bekas tersebut, menimbang air diisi dengan tidak mengambil kira berat bekas serta menuangkan air ke dalam bekas lain yang mempunyai tanda yang lebih jelas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya