Lelaki bersenjata berpakaian peguam lepaskan tembakan, 3 terbunuh - Utusan Malaysia

Lelaki bersenjata berpakaian peguam lepaskan tembakan, 3 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang samseng terkenal di India terbunuh selepas ditembak lelaki bersenjata yang berpakaian peguam di sebuah mahkamah di sini, kata polis hari ini.

Jitendra Gogi, samseng paling dikehendaki sebelum ditahan pada Mac tahun lalu, dibawa ke Mahkamah Daerah Rohini untuk dibicarakan ketika dua lelaki berpakaian seperti peguam melepaskan tembakan ke arahnya dan dilaporkan meninggal dunia.

Polis memberitahu, dua lelaki tersebut turut ditembak polis dan terbunuh.

Bagaimanapun India Times melaporkan empat terbunuh dalam kejadian itu tetapi belum disahkan manakala seorang peguam wanita cedera. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN