MOJOKERTO: Beberapa kepingan emas berbentuk kura-kura sepanjang enam sentimeter ditemukan di Candi Tribhuwana Tunggadewi yang terletak di Desa Klinterejo, Sooko.
Semasa zaman pemerintahan Majapahit, objek yang dihasilkan daripada logam bernilai tinggi itu dipasang di candi yang didakwa menjaga kestabilan bumi.
Ketua Pasukan Ekskavasi Balai Pelestarian Cagar Budaya, Jawa Timur, Pahadi berkata, seperti kebiasaan pada binaan candi, terdapat lubang yang menjadi tempat penyimpanan peripih.
“Peripih mempunyai pelbagai bentuk, ada kotak dan bulat. Fungsinya untuk menyimpan barang-barang berharga yang dipakai raja atau ratu semasa hidup.
“Bagi golongan raja, kebanyakan peripih berisi perhiasan emas atau logam,” katanya.
Menurut Pahadi, kuil itu dibina semasa zaman pemerintahan Raja Hayam Wuruk 1350 hingga 1389 masihi.