Jumlah pendatang menyeberangi Selat Inggeris naik dua kali ganda - Utusan Malaysia

Jumlah pendatang menyeberangi Selat Inggeris naik dua kali ganda

GOLONGAN pendatang bersama anak-anak kecil diselamatkan kapal penyelamat Institut Penyelamat Nasional Diraja (RNLI) ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris di tenggara England. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jumlah mereka yang ‘memberanikan diri’, sama ada golongan pelarian yang mahu mencari suaka politik atau membina hidup baharu di Bri­tain, menyeberangi Selat Ing­geris pada tahun ini mening­kat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Menurut Daily Sabah yang memetik laporan German Press Agency, sehingga Jumaat lalu, lebih 16,400 orang mela­kukan ‘perjalanan berbahaya’ melalui bot-bot kecil.

Data itu didedahkan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri yang dikumpulkan agensi berita PA.

Tahun lalu, jumlah yang dicatatkan hanya sekitar 8,400, yang bermaksud angka tahun ini kini hampir dua kali ganda.

PA turut menyaksikan cubaan pendatang, khususnya dari Afrika, Asia Barat dan Asia Selatan menyeberangi Selat Inggeris minggu lalu.

Kelmarin, kapal peronda pesisir Pasukan Kawalan Sempadan menahan bot-bot yang dinaiki sekitar 40 hingga 50 orang termasuk kanak-kanak dan dibawa ke Dover.

Dari pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah malam, dianggarkan sekitar 150 orang tiba di Dover dan dikawal oleh polis dan pegawai Pasukan Kawalan Sempadan ke Teluk St. Margaret.

Pada Oktober tahun lalu, sebuah keluarga etnik Kur­dish Iran, termasuk anak-anak kecil, meninggal dunia ketika bot dinaiki mereka ka­ram di pesisir Perancis.

Bulan lalu, seorang lelaki berusia 27 tahun dari Eritrea maut setelah dia dan empat yang lain melompat ke laut ketika kapal dinaiki mula karam.

Komandan Ancaman Selatan, Dan O’Mahoney berkata, kerajaan tekad menangani peningkatan pendatang yang membahayakan diri menyeberangi Selat Inggeris.

“Tetapi ini adalah isu yang rumit yang memerlukan perubahan pada undang-undang kita.

“Pelan Imigresen baharu negara menyediakan satu-sa­tu­nya penyelesaian jangka panjang untuk menangani kumpulan pendatang dan mencegah kehilangan nyawa (tindakan berbahaya menyeberangi Selat Inggeris),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN