India kenakan kawalan ketat selepas pemimpin pemisah Kashmir meninggal dunia - Utusan Malaysia

India kenakan kawalan ketat selepas pemimpin pemisah Kashmir meninggal dunia

SYED ALI GEELANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR: Pihak berkuasa India mengenakan kawalan keselamatan ketat di Kashmir selepas pemimpin pemisah, Syed Ali Geelani meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Pasukan tentera memasang kawat berduri dan penghadang di jalan menunju ke rumah Syed Ali di sini, selepas keluarganya mengumumkan kematian beliau.

Pengumuman yang dibuat menggunakan pembesar suara di masjid utama berhampiran kediaman Syed Ali, meminta orang ramai menziarahi ke rumahnya.

Namun, polis menegaskan tiada seorang pun di sini dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing.

Ribuan anggota keselamatan juga dikerahkan ke lokasi sekitar, selain perkhidmatan internet mudah alih di seluruh kawasan dihentikan.

Sejumlah kenderaan dan trak perisai turut melakukan rondaan di jalan-jalan utama di Srinagar.

Ketika hayatnya, Syed Ali berkempen menentang pemerintahan India di Kashmir.

Beliau juga dihukum penjara selama bertahun-tahun, selain dikenakan tahanan rumah sepanjang 11 tahun lalu.

Kesihatan Syed Ali merosot sejak beberapa bulan lalu akibat masalah jantung dan buah pinggang.

Sementara itu, jenazah Syed Ali dikebumikan tengah malam tadi sambil dikawal ketat oleh pihak berkuasa India. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya