Guru pondok ditahan cabul 12 murid lelaki - Utusan Malaysia

Guru pondok ditahan cabul 12 murid lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Daerah Sumatera Selatan menahan seorang guru sekolah pondok di Ogan Ilir selepas didakwa mencabul 12 murid bawah umur.

CNN Indonesia melaporkan, kes pedofilia itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis.

“Pelaku ditahan di rumah orang tua salah seorang mangsa,” kata Pengarah Diskriminasi Polis Daerah Sumatera Selatan, Hisar Sialagan hari ini.

Menurutnya, salah seorang mangsa dibawa ke doktor oleh ibu bapanya selepas mengadu sakit di bahagian kemaluan.

Selepas diperiksa, doktor mengesahkan mangsa mengalami penderaan seksual.

Mangsa memberitahu telah dipaksa melakukan perbuatan tidak bermoral oleh gurunya di Pondok Pesantren AT.

Berdasarkan keterangan saksi, mangsa bukan seorang tetapi 12 kanak-kanak lelaki.

Masing-masing enam orang mendakwa diliwat manakala lainnya dicabul.

“Kes masih dalam siasatan,” jelas Hisar.

Polis memberitahu, suspek telah melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu.

“Mangsa semuanya lelaki, mereka dicium lalu disuruh melakukan seks oral,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya