Filipina tubuh pusat halal - Utusan Malaysia

Filipina tubuh pusat halal

PUSAT halal bakal ditubuhkan di Universiti Filipina Los Banos (UPLB). – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS BANOS: Pusat Sains dan Teknologi Halal serta Pengetahuan Kesihatan Bagi Asia Tenggara dilaporkan bakal ditubuhkan di Universiti Filipina Los Banos (UPLB).

Lapor Manila Times, projek itu mendapat sokongan Pusat Wilayah Asia Tenggara bagi Pe­ngajian dan Penyelidikan Siswazah dalam Pertanian (Searca).

Ketua projek dari Sekolah Sains dan Pengurusan Alam Sekitar (Sesam), Dr. Yusuf Sucol berkata, pusat halal itu akan dikendalikan oleh UPLB-Sesam.

Pusat halal itu akan berpe­ranan sebagai hab serantau antara negara serta ahli akademik dan industri tempatan bertukar pengetahuan dan sumber berkaitan ekosistem global halal dan kesihatan yang semakin berkembang.

“Halal merupakan pasaran global yang semakin berkembang dengan menyumbang kira-kira AS$2.5 trilion (RM10.34 trilion) pada tahun lalu, sebahagian besarnya dalam industri makanan,” kata Yusuf.

Memetik laporan Imarat Consultants (IC), Pengarah Searca, Dr. Glenn Gregorio berkata, beberapa negara seperti Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia dan China memacu pasaran halal semasa.

“Di Asia Tenggara, persaingan serantau meningkatkan pasaran tempatan dan global bagi produk halal,” katanya.

Menurut Searca, dari segi mempromosikan halal, IC sebagai syarikat pakar perunding yang mempunyai bidang tumpuan pada pasaran halal global menamakan Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand sebagai peneraju di Asia Tenggara.

Searca memaklumkan Filipina, Malaysia, Indonesia dan Thailand mencatatkan jumlah penyertaan peserta pameran terbanyak dalam kalangan 44 negara yang mengambil bahagian di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2021) ke-17 yang berlangsung pada 9 September lalu.

Sementara itu, Dekan UPLB-Sesam, Dr. Rico Ancog berkata, fasa pertama projek UPLB-Searca meletakkan industri halal dan ekosistem kesihatan sebagai inovasi baharu untuk pembangunan masa depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN