Dukun tetapkan syarat perlu bersetubuh kalau hendak kaya - Utusan Malaysia

Dukun tetapkan syarat perlu bersetubuh kalau hendak kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang wanita di Muna, Sulawesi Tenggara tergamak menyerahkan anaknya kepada dukun kerana mempercayai syarat kononnya untuk menjadi kaya.

Lapor Kompas.com, wanita berusia 45 tahun dikenali sebagai ZY itu berjumpa dengan bomoh dikenali AU.

Kedua-dua mereka berjanji untuk bertemu di salah sebuah penginapan di Raha.

Wanita itu kemudian diperkosa terlebih dahulu oleh dukun itu sebagai syarat daripada ritual menjadi kaya.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Muna, Hamka, lelaki itu memberikan kain putih kepada ZY selepas melakukan persetubuhan.

Katanya, ZY diminta menyiram air di atas kain putih itu pada setiap malam.

“Selain itu, dukun itu meminta perempuan lain untuk diperkosa. Demi memenuhi keinginan lelaki itu, ZY berusaha mencari temannya yang boleh diajak menjalani ritual tersebut.

“Namun, kerana gagal menjumpai temannya yang sanggup melakukan ritual itu, dia nekad membawa anak perempuannya,” katanya.

Akhirnya, budak yang masih berada di bawah umur itu menjadi mangsa pemerkosaan akibat ritual mengarut itu.

Ritual tesebut terbongkar selepas ayah mangsa pulang dari perantauan.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ayahnya dan melaporkan kepada pihak polis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.