NAIROBI: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan sejumlah individu mengalami kecederaan dalam serangan membabitkan bom tangan di sebuah bar di Gitega, Burundi.
Sumber keselamatan mengesahkan kejadian itu yang berlaku petang semalam.
Letupan itu berlaku sehari selepas beberapa siri peluru mortar ditembak di lapangan terbang di hab ekonomi Bujumbura dalam satu serangan dilakukan oleh kumpulan pemberontak.
“Sebutir bom tangan dilemparkan di bar yang mana ramai pegawai dan ahli politik dari parti pemerintah berkumpul,” kata sumber itu yang enggan mendedahkan identiti kepada AFP.
Menurut seorang pegawai polis, letupan itu mengorbankan dua orang di lokasi kejadian manakala lapan orang sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Gitega.
Dua saksi yang mengesahkan serangan itu memberitahu ramai orang cedera dalam kejadian tersebut. – AFP










