Anggota Taliban antara tiga maut dalam serangan Jalalabad - Utusan Malaysia

Anggota Taliban antara tiga maut dalam serangan Jalalabad

ANGGOTA Taliban dan orang awam berkumpul di sebuah lokasi kejadian letupan yang menyasarkan trak di Jalalabad, Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JALALABAD: Dua anggota kumpulan Taliban dan seorang orang awam maut terkorban selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah pusat pemeriksaan di timur Afghanistan.

Sumber dari pasukan keselamatan dan beberapa saksi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Serangan yang berlaku di bandar Jalalabad merupakan sasaran terbaharu terhadap kumpulan Taliban di wilayah Nangarhar.

Menurut sumber, kumpulan lelaki bersenjata itu yang menaiki beca menyerang pusat pemeriksaan di daerah Ghawchak dan membunuh dua anggota Taliban dan seorang penduduk yang melalui kawasan tersebut.

Seorang wakil kumpulan Taliban mengesahkan serangan tersebut namun memaklumkan kesemua mangsa yang maut merupakan orang awam.

Dalam kejadian lain, seorang penduduk tempatan mendakwa dua anggota kumpulan Taliban cedera ketika cuba mematikan alat letupan di Jalalabad. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN