fbpx

Cebisan badan manusia ditemukan dalam perut buaya

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS: Pihak berkuasa Louisiana menemukan beberapa bahagian badan manusia dalam perut buaya, yang dipercayai muncul ketika negeri di Amerika Syarikat (AS) itu dilanda Taufan Ida.

Lapor Sky News, bahagian badan manusia itu ditemukan dalam perut seekor reptilia ganas sepanjang 3.6 meter.

Buaya besar itu dipercayai membaham seorang lelaki warga emas ketika Louisiana dilanda banjir akibat Taufan Ida kira-kira dua minggu lalu.

Menurut Pejabat Sherif St. Tammy Parish, pihaknya sedang menyiasat sama ada cebisan badan manusia yang ditemukan merupakan Timothy Satterlee, 71, yang hilang sejak 30 Ogos lalu.

Dilaporkan, Satterlee maut selepas dibaham seekor buaya di luar rumahnya di Slidell, New Orleans.

“Pada mulanya, isteri Satterlee terdengar bunyi bising di luar rumahnya dan kemudian mendapati mangsa diserang oleh buaya.

“Wanita itu berjaya menyelamatkan suaminya daripada reptilia itu. Satterlee cedera parah akibat gigitan buaya.

“Isterinya cuba mendapatkan bantuan namun sebelum pasukan kecemasan sampai Satterlee sudah meninggal dunia,” kata pihak berkuasa. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI