Cabut rambut sampai botak sebab tekanan Covid-19 - Utusan Malaysia

Cabut rambut sampai botak sebab tekanan Covid-19

KEADAAN Amelia Mansie sebelum dan selepas mencabut rambutnya sendiri. - DAILY MAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISTOL: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun hampir botak selepas mencabut rambutnya sendiri kerana tertekan akibat pelaksanaan perintah berkurung Covid-19.

Amelia Mansie mula mencabut bulu matanya April lalu, selepas mengalami tekanan akibat perintah berkurung kali pertama.

Menurut ibunya, Jemma, selepas itu dia mula mencabut rambutnya sendiri, lapor Daily Mail.

Katanya, kanak-kanak itu bertindak sedemikian kerana tidak dapat bertemu rakan dan ahli keluarga lain seperti keadaan biasa.

Jelasnya, anaknya itu akhirnya didiagnosis dengan trikotilomania yang mempengaruhi seorang dari 50 orang pada satu-satu masa.

Individu yang mengalami gangguan tersebut mempunyai dorongan kuat untuk mencabut rambut mereka sendiri.

Gangguan itu mirip dengan gangguan obsesif kompulsif (OCD) yang berpunca akibat tekanan, kecemasan atau trauma.

Amelia kini hanya memiliki beberapa helai rambut panjang di bahagian belakang kepalanya.

Disebabkan itu, dia terpaksa memakai rambut palsu ketika keluar rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN