‘Berlaku jujur apa sebenarnya berlaku?’ - Utusan Malaysia

‘Berlaku jujur apa sebenarnya berlaku?’

JUENI tersenarai dalam mereka yang terkorban. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: “Tahun depan, Jueni sepatutnya sudah boleh pulang ke rumah, dapat memeluk ibu, bersenda gurau dengan empat adik-beradiknya, bekerja, kumpul wang untuk membeli motosikal impiannya dan berumah tangga”.

Demikian impian yang diceritakan oleh si ibu, Enjum mengenai anaknya itu yang terkorban bersama 43 lagi mangsa kebakaran di Penjara Tangerang, Banten, Khamis lalu.

BBC News Indonesia melaporkan, impian jejaka berusia 25 tahun itu kini musnah.

“Nanti kalau sudah di rumah, saya kata padanya jangan ambil (dadah) lagi. Cari kerja, untuk masa depan, berkahwin,” kata Enjum mengenang perbualan bersama anaknya itu.

Kali terakhir Enjum dapat bersua muka dengan Jueni dua tahun lalu ketika dibenarkan melawat.

Sampai saat ini, Enjum masih belum menerima hakikat mengenai pemergian anaknya itu.

 

POLIS dan kakitangan hospital menyusun beg-beg berisi mayat mangsa kebakaran Penjara Tangerang di Tangerang. – AFP

Dia mahu ‘memuaskan’ hati bahawa jasad yang ditunjukkan itu adalah anaknya melalui ujian DNA (asid deoksiribonukleik).

Bagi Upi, bapa saudara kepada Jueni, dia berasa agak skeptikal dengan alasan dikemukakan Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly bahawa punca kebakaran disebabkan litar pintas.

“Saya minta dibuka dengan sejujur-jujurnya apa yang sebenarnya berlaku. Penjara itu Kelas A, takkan kemudahannya tidak bagus?” soalnya.

Beliau mahu jika kejadian itu ada unsur-unsur disengajakan, keadilan perlu ditegakkan.

Polis telah memanggil beberapa saksi untuk disoal siasat berhubung kejadian me­ngorbankan 44 penghuni penjara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN