Bekas gabenor nafi seleweng dana masjid - Utusan Malaysia

Bekas gabenor nafi seleweng dana masjid

PERTUDUHAN rasuah melibatkan bekas gabenor Sumatera Selatan dijalankan secara maya di Mahkamah Rasuah Palembang.-CNN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Bekas Gabenor Sumatera Selatan, Alex Noerdin membantah dakwaan menerima rasuah daripada wang hibah pembangunan Masjid Raya Sriwijaya Palembang sebanyak 2.43 bilion (RM710 juta) dan bantuan sewa helikopter bernilai 300 juta rupiah (RM87,760).  

Alex menjelaskan perkara tersebut ketika hadir sebagai saksi pendakwaan kes rasuah melibatkan masjid tersebut di Mahkamah Rasuah Palembang. 

Pendakwa Raya, Sumsel Roy Royadi berkata, terdapat aliran dana berdasarkan hasil kenyataan bank yang dilihat pegawai penyiasat berjumlah 2.43 bilion dari defendan Dwi Kridayani yang bertugas sebagai Pegawai Operasi PT Brantas Abipraya, Yodya Karya dan helikopter yang disewa melalui Toni. 

Bagaimanapun, Alex menafikan dia tidak pernah berkomunikasi dengan PT Abipraya mahupun menyewa helikopter tersebut.  

Alex menafikan dakwaan bekas Ketua BPKAD Sumatera Selatan, Laonma Pasindak Lumban Tobing berhubung dirinya meminta untuk mencairkan dana hibah sebanyak 50 bilion (RM14.6 juta), 2015 dan 80 bilion (RM23.4 juta), 2017. 

“Saya perbetulkan kerana saya tidak pernah mengeluarkan arahan, tetapi ia adalah cadangan. Amat mustahil dana diperoleh tanpa sebarang kertas kerja,” jelasnya. 

Menurut Alex, dia tidak pernah menandatangani Surat Perjanjian Hibah Daerah (NPHD) pada 2015, namun, dia mengetahui tentang pengurusan tersebut. 

“Tidak mungkin seorang gabenor menjalankan semua kerja. Saya melantik Akhmad Najib sebagai Pembantu Urusan Kebajikan Orang Ramai untuk menandatangani NPHD. Ia adalah sah dan pertama ditandatangani oleh Najib dan kedua baru saya,” ulasnya. 

Media tempatan melaporkan seramai sembilan pihak ditahan termasuk Alex mengenai penyelewengan dana 130 bilion rupiah (RM38 juta) melibatkan pembangunan Masjid Sriwijaya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN