Bekas banduan Taliban pernah diseksa tentera kerajaan - Utusan Malaysia

Bekas banduan Taliban pernah diseksa tentera kerajaan

ANGGOTA Taliban yang pernah ditahan di Penjara Pul-e-Charkhi, Kabul. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Suatu ketika dahulu, penjara di Kabul penuh sesak dengan ribuan anggota Taliban yang ditangkap oleh pihak kerajaan.

Namun kini, semuanya sudah berubah apabila Penjara Pul-e-Charkhi sudah ditadbir oleh Taliban, adalah sebuah kompleks penjara yang luas terletak di timur Kabul.

Selepas Taliban menawan ibu negara Afghanistan, mereka membebaskan semua tahanan sehingga menyebabkan semua pengawal penjara melarikan diri.

Komandan yang enggan mendedahkan namanya melakukan kunjungan ke kompleks penjara itu dengan sekumpulan rakan yang lain.

Dia berjalan melalui ruang-ruang kosong dan blok sel, sambil menunjukkan kepada rakan lain di sel yang pernah memenjarakan dirinya.

Lelaki itu berkata kepada agensi berita AP, dia pernah ditahan sejak 10 tahun lalu di wilayah Kunar dan dibawa ke sini dalam keadaan terikat dan tertutup mata.

“Saya rasa sangat teruk apabila mengingati semula hari tersebut. Banduan seperti kami diseksa dan didera.

“Peristiwa tersebut merupakan hari paling gelap dalam hidup saya, namun, sekarang adalah kenangan paling menggembirakan kerana saya sudah bebas dan datang semula ke sini tanpa rasa takut,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN