Bangunan pencakar langit diilhamkan dari permainan Dominoes - Utusan Malaysia

Bangunan pencakar langit diilhamkan dari permainan Dominoes

ZANZIBAR Domino mempunyai beberapa kemudahan antaranya marina, vila eksklusif serta hotel enam bintang. – XCASSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah bangunan resort pencakar langit yang diilhamkan daripada permainan popular Dominoes, bakal dibina di kepulauan Zanzibar, Tanzania.

Lapor Daily Mail, bangunan unik yang dikenali sebagai Zanzibar Domino memiliki reka bentuk seakan permainan popular berasaskan jubin itu.

Pengasas dan Pengarah Reka Bentuk syarikat xCassia, Jean Paul Cassia berkata, bangunan itu dilakar di Paris, 2019, selepas melihat mendiang ayah dan anaknya bermain Dominoes.

“Saya mengimpikan untuk membangunkan projek ini lebih sedekad lalu. Selain susunan geometri dan perkiraan matematik, ia mempunyai semua ikon yang boleh diingat dan dilakar di atas kertas,” katanya.

Bangunan itu akan dibina di pulau buatan manusia seluas 37 hektar yang dihubungkan dengan sebuah jambatan ke pantai barat Zanzibar.

Setakat ini, ketinggian bangunan pencakar langit yang terletak kira-kira 15 minit dari Stone Town yang merupakan antara tapak Warisan Dunia UNESCO belum didedahkan.

Menurut Cassia, bahagian bawah bangunan tersebut akan mempunyai sebuah marina, akuarium, pusat pameran dan persidangan yang mampu menampung lebih 1,000 orang.

“Di bahagian luar pula, terdapat gabungan premis dan kedai makanan, kelab kapal layar, kolam renang di atas bumbung dan pawagam.

“Pada bahagian kompleks, sebanyak 104 vila eksklusif, empat helipad dan dok kapal akan dibina bagi menghubungkan kediaman dengan bangunan tersebut,” katanya.

Jelas Cassie, Zanzibar Domino turut menempatkan kediaman, spa, hotel lima dan enam bintang dan platform khas untuk menikmati pemandangan menakjubkan.

Projek itu asalnya dirancang untuk dibina di Ha Long Bay di Vietnam, namun, lokasinya ditukar ke Zanzibar, tahun lalu.

Projek pembinaan yang dijangka bermula dalam tempoh enam bulan akan datang mendapat kerjasama AICL Group di Tanzania dan Crowland Management Ltd.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya