Akauntan seleweng RM78.4 juta duit 47 mangsa - Utusan Malaysia

Akauntan seleweng RM78.4 juta duit 47 mangsa

JOSEPH PAPALIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH: Seorang akauntan berusia 71 tahun berdepan pertuduhan menyelewengkan duit AS$19 juta (RM78.4 juta) daripada 47 mangsa.

Polis melancarkan siasatan sejak Jun lalu, apabila beberapa individu tampil membuat laporan berhubung pelaburan yang dilakukan.

Joseph Papalia didakwa menipu pelanggan dengan menawarkan pelaburan ke dalam ‘skim tidak wujud dalam jangka masa panjang’.

Difahamkan, suspek menggunakan dana tersebut untuk membiayai kehidupan peribadinya termasuk menjalankan perniagaan sendiri.

Jumlah wang yang dilaburkan antara AS$5,000 (RM20,600) hingga AS$3.95 juta (RM16.31 juta) dengan jumlah keseluruhan AS$18.9 juta (RM78 juta).

Papalia hadir ke Mahkamah Majistret Perth hari ini selepas penilaian kesihatan mental dilakukan oleh seorang jururawat.

Suspek tidak membuat permohonan untuk sebarang ikat jamin dan akan dibicarakan melalui pautan video bulan depan.

Lelaki itu berdepan sebanyak 48 pertuduhan mencuri dengan setiap pertuduhan melibatkan seorang mangsa.

Detektif Kanan, Ken Foster berkata, siasatan masih berjalan dan kes ‘sangat kompleks’ kerana melibatkan transaksi kewangan dalam jumlah besar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN