Ahli nujum sudah ramal Harry, Meghan tinggalkan UK - Utusan Malaysia

Ahli nujum sudah ramal Harry, Meghan tinggalkan UK

PUTERA Harry dan Meghan Markle bertindak meninggalkan Istana Buckingham. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ahli nujum mendiang Puteri Diana dilaporkan membuat ramalan tepat me­ngenai masa depan Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle.

Lapor Mirror, ramalan itu termasuk mengenai perkahwinan pasangan tersebut dan cara Meghan berusaha menjadi sebahagian keluarga diraja Britain.

Menurut Debbie Frank kepada OK! Magazine, sebagai ahli nujum peribadi kepada Puteri Diana, dia telah diminta untuk melakar carta dan menilik puteranya.

Pada 2018, Frank meramalkan Meghan akan berasa sukar untuk hidup dalam keluarga diraja sepertimana dilalui oleh Puteri Diana.

Malah, Frank juga meramalkan Duke dan Duchess of Sussex itu akan berpindah ke luar negara.

“Puteri Diana akhirnya kesepian dalam keluarga diraja dan Meghan juga tidak akan mempunyai seseorang bersamanya pada ketika itu.

“Sekiranya, beliau menghadapi masa sukar, beliau tidak akan mendapat ban­tuan diperlukan sehingga perlu membentuk rangkaian soko­ngannya sendiri.

“Amat sukar untuk berkahwin dengan pasangan dari keluarga diraja. Pelbagai tradisi, protokol dan cabaran perlu dilalui. Ini adalah sesuatu yang sangat besar,” kata Frank.

Dilaporkan, ramalan ahli nujum itu terbukti benar.

Berhubung isu Harry dan Meghan berpindah ke luar negara, Frank meramalkan: “Putera Harry tidak dibenarkan berbuat demikian sebagai anggota keluarga diraja namun saya dapat melihat langkah antarabangsa.

“Saya rasa mereka akan membuat keputusan ke arah sesuatu yang baharu, membuka mata kita semua dan me­ningkatkan kesedaran untuk kebajikan. Mereka merupakan pasangan diraja yang luar biasa,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN