JAKARTA: Seorang lelaki dengan polis ‘melabelnya’ dengan singkatan nama AA nekad membunuh seorang perempuan (LD) ekoran emosi dikatakan badannya berbau busuk dan kotor.
CNN Indonesia melaporkan, mayar LD ditemukan di sebuah bilik mandi di hotel dekat Cilandak, Jakarta Selatan, kelmarin.
“Motif pelaku adalah berasa tersinggung dan emosi kerana badannya dikatakan berbau dan kotor,” jelas Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Aziz Andriansyah kepada media hari ini.
Dalam kes itu, suspek nekad melakukan perbuatan itu dengan cara mencekik leher mangsa sehingga mati.
Jelas Aziz, proses autopsi untuk memastikan penyebab kematian mangsa masih dilakukan.
Namun hasil pemeriksaan awal mendapati ada tanda kekerasan pada bahagian leher mangsa.
Menurut Aziz, mangsa berkenalan dengan suspek melalui aplikasi Michat dan akhirnya berjanji untuk bertemu.
Suspek turut mencuri beberapa barang berharga milik mangsa termasuk letefon bimbit dan kad ATM.