3 maut, puluhan cedera kereta api tergelincir di AS - Utusan Malaysia

3 maut, puluhan cedera kereta api tergelincir di AS

TIGA orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api di Montana, AS. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan puluhan lagi cedera selepas sebuah kereta api tergelincir di utara Montana, Amerika Syarikat (AS).

Pasukan penyelamat berusaha menyelamatkan semua penumpang yang berada dalam kereta api tersebut.

Kira-kira 141 penumpang dan 16 kru berada dalam kereta api yang dalam perjalanan dari Chicago menuju ke pantai Pasifik.

Ketika kejadian, sebanyak lapan daripada 10 gerabak kereta api tergelincir dari landasan kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan).

“Kami berasa sedih mendapat tahu tiga orang terkorban dalam nahas kereta api,” jelas pengendali kereta api, Amtrak.

Setakat ini, punca kemalangan belum dapat dipastikan.

Beberapa gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan orang ramai berdiri di tepi landasan dengan bagasi berselerak di sekitar mereka.

Dalam gambar tersebut kelihatan beberapa gerabak kereta api terkeluar dari landasan, dengan sekurang-kurangnya sebuah gerabak terbalik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN