13 gorila sah positif Covid-19  - Utusan Malaysia

13 gorila sah positif Covid-19 

SEBANYAK 13 ekor gorila di Zoo Atlanta disahkan positif Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Sekurang-kurangnya 13 gorila di Zoo Atlanta disahkan positif Covid-19, termasuk seekor gorila berusia 60 tahun yang merupakan spesies paling tua.

Pihak berkuasa zoo berkata, pekerja memaklumkan gorila dilihat mempunyai simptom seperti batuk, hidung berair dan selera makan mula berubah.

Makmal veterinar di University of Georgia menjalankan ujian calitan dan mengesahkan status positif gorilla tersebut.

Pihak zoo percaya jangkitan itu berpunca daripada pekerja yang mempunyai gejala asimptomatik yang menjaga gorila tersebut.

Pekerja itu disahkan sudah menerima suntikan vaksin sepenuhya dan memakai peralatan perlindungan seperti pelitup muka dan sarung tangan.

Pihak zoo menjelaskan setakat ini tiada bukti menunjukkan gorila boleh menyebarkan virus semula kepada manusia dan risiko pengunjung dijangkiti wabak daripada haiwan tersebut sangat jauh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN