Wartawan maut ditembak di timur Mexico - Utusan Malaysia

Wartawan maut ditembak di timur Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COATZACOALCOS: Seorang wartawan radio ditembak mati hari ini di kawasan yang dilanda keganasan di timur Mexico, kata pihak berkuasa.

Kejadian pembunuhan itu menambah senarai wartawan yang terkorban di salah sebuah negara paling berbahaya di dunia untuk pengamal media.

Jacinto Romero Flores, 60, yang bekerja di stesen FM Oriestereo dibunuh di Ixtaczoquitlan, Veracruz, menurut Jabatan Keselamatan Awam wilayah itu.

Berdasarkan pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), Flores dilaporkan menerima beberapa ugutan baru-baru ini.

RSF mengutuk sekeras-kerasnya insiden pembunuhan wartawan itu.

Pertubuhan itu juga menggesa siasatan segera dijalankan serta perlindungan diberikan kepada keluarga mangsa.

Veracruz merupakan salah sebuah negeri paling berbahaya di Mexico bagi petugas media.

Setakat ini, sekurang-kurangnya enam wartawan dibunuh pada tahun ini di Mexico walaupun tidak dapat dipastikan sama ada semua insiden itu mempunyai kaitan dengan kerjaya mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN