NEW DELHI: Seorang wanita di Kampung Parva, daerah Chhatarpur, Madhya Pradesh didakwa mencampak dua anak perempuannya ke dalam perigi, sebelum membunuh dirinya sendiri selepas berlaku perbalahan dengan ibu mentuanya berhubung telefon bimbit.
Lapor India Today, wanita berusia 33 tahun itu serta anaknya berumur 10 tahun disahkan maut, manakala, anak bongsunya terselamat dalam kejadian tersebut.
Pegawai Polis daerah, Shashank Jain berkata, mangsa berusia 10 tahun itu terselamat selepas tersangkut di bahagian dinding perigi.
Katanya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian kerana ada dakwaan mengatakan ibunya keluar dari rumah untuk memberi makanan kepada lembu peliharaannya selain pertengkaran melalui telefon bimbit itu.
Menurut penduduk kampung, ibu mentua mangsa dikatakan merampas telefon bimbit wanita itu sehingga mencetuskan ketegangan.