Taufan Ida badai Louisiana, sama kuat dengan Katrina - Utusan Malaysia

Taufan Ida badai Louisiana, sama kuat dengan Katrina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS: Taufan Ida membadai Louisiana dan New Orleans kelmarin, iaitu 16 tahun selepas Taufan Katrina ‘menghancurkan’ bandar ini.

Ida melanda perairan di Louisiana sebagai taufan kategori empat sebelum diturunkan kepada kategori tiga pada waktu petang, iaitu kekuatan yang sama ketika Katrina membadai pada 2005.

Sehingga pukul 9 malam waktu tempatan, Ida menyebabkan bekalan elektrik terputus di semua kawasan di New Orleans.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) dalam kenyataan memberi amaran bahawa Ida tetap berbahaya sebagai taufan kategori tiga.

“Taufan itu dijangka bertambah lemah pada hari berikutnya, namun Ida tetap dikategorikan sebagai taufan sehingga lewat malam ini,” jelas kenyataan itu.

NHC juga memberi amaran ribut kencang mungkin mewujudkan ‘keadaan yang membahayakan nyawa’, sekali gus menggesa penduduk di kawasan terjejas mengambil langkah berjaga-jaga.

Ida mencapai kelajuan angin 195 kilometer sejam, sedikit perlahan berbanding ketika ia melanda Port Fourchon di Louisiana, kira-kira 160 kilometer ke selatan New Orleans.

Dalam pada itu, Presiden AS, Joe Biden menyifatkan Ida sebagai taufan yang ‘mampu memusnahkan apa sahaja yang berada di laluannya’.

Gabenor New Orleans, John Bel Edwards pula menyatakan Ida mungkin menjadi taufan paling kencang yang pernah melanda negeri ini sejak 1850. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya