Taliban semakin hampir rampas Kabul - Utusan Malaysia

Taliban semakin hampir rampas Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Kumpulan Taliban semakin hampir mencapai misi merampas tampuk pemerintahan negara selepas menguasai banyak bandar utama hari ini dengan hanya tinggal bandar Kabul untuk diambil alih.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani hanya mempunyai beberapa pilihan sebelum Taliban menguasai ibu negara tersebut ataupun menunggu masa menyasikan pertumpahan darah.

Sebelum itu, beliau berusaha membuktikan masih berkuasa dengan memaklumkan akan menggerakkan kembali tentera sambil mencari penyelesaian politik menamatkan krisis tersebut.

Namun, kehilangan bandar Mazar Sharif dan Jalalabad adalah tamparan hebat bagi pemerintahan Ashraf.

Seorang penduduk di Jalalabad, Ahmad Wali mengesahkan dakwaan dalam media sosial yang dibuat oleh Taliban.

“Kami bangun pagi ini dan melihat bendera putih Taluban dipasang di seluruh bandar. Mereka memasuki kawasan ini tanpa sebarang pertempuran,” katanya.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN