Taliban kuasai bandar-bandar besar, pertempuran semakin sengit - Utusan Malaysia

Taliban kuasai bandar-bandar besar, pertempuran semakin sengit

AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Tentera kerajaan Afghanistan sudah tidak berdaya menahan kemaraan Taliban apabila berjaya menguasai bandar Ghazni dan Herat.

Penaklukan jajahan terbaharu itu sekali gus menunjukkan kumpulan militan itu bakal menguasai ibu negara, Afghanistan pada bila-bila masa.

BBC melaporkan, pertempuran sengit berlaku antara Taliban dengan tentera kerajaan di bandar kedua terbesar, Kandahar.

Taliban semakin rancak menguasai antara wilayah ke wilayah lain selepas Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan mengundurkan tentera mereka.

Keputusan itu dibuat selepas 20 tahun operasi ketenteraan berakhir di negara itu.

Bandar Qala-I-Naw turut jatuh ke tangan Taliban dengan hampir semua kawasan di bahagian utara Afghanistan dikuasai kumpulan itu.

Pertempuran itu menyebabkan ribuan orang awam hilang tempat tinggal serta terpaksa berpindah ke Kabul.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN