Tak jadi putus selepas teman lelaki masukkan 16 juta rupiah - Utusan Malaysia

Tak jadi putus selepas teman lelaki masukkan 16 juta rupiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hasrat seorang wanita untuk memutuskan ikatan cinta berubah selepas teman lelakinya memasukkan duit bernilai 16 juta rupiah (RM4,687) ke dalam akaun banknya.

Lapor Suara.com, lelaki itu berkongsikan mesej perbualan dengan teman wanitanya dalam akaun TikTok.

Lelaki itu dilaporkan kekal tenang apabila teman wanitanya mahu menamatkan hubungan mereka.

Dia meminta teman wanitanya menunggu sebentar supaya dapat membuat keputusan mengenai hubungan mereka.

Namun, sejurus selepas itu, lelaki itu memasukkan duit ke dalam akaun bank dan bertanyakan sama ada teman wanitanya masih marah kepada dirinya.

Akhirnya, wanita tersebut tidak jadi untuk berpisah dan terus menyatakan kesetiaan kepada lelaki itu.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN