Taiwan mula beri vaksin Covid-19 keluaran tempatan hari ini - Utusan Malaysia

Taiwan mula beri vaksin Covid-19 keluaran tempatan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Taiwan hari ini akan mula memberi vaksin Covid-19 keluaran tempatan pertamanya dengan Presiden Tsai Ing-wen bakal menjadi penerima suntikan pertama.

Kerajaan Taiwan pada bulan lalu meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Covid-19 keluaran Medigen Vaccine Biology bagi memenuhi keperluan program vaksinasi di negara ini.

Lebih 700,000 penduduk sudah mendaftar untuk mendapatkan vaksin tersebut.

Bagi meyakinkan rakyat mengenai keberkesanan vaksin tempatan yang dihasilkan, Ing-wen sehingga kini belum menerima mana-mana suntikan vaksin sedia ada.

Taiwan ketika ini menggunakan vaksin keluaran Moderna dan AstraZeneca untuk penduduknya, namun bekalan tidak mencukupi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Medigen, Charles Chen menolak dakwaan menyatakan vaksin keluarannya tidak selamat.

“Kami sudah melakukan banyak eksperimen dan terbukti vaksin kami adalah selamat untuk digunakan.

“Mungkin terdapat sedikit kesan sampingan dan saya yakin penggunannya juga setanding vaksin Covid-19 yang lain,” katanya.

Chen juga memaklumkan, hasil pengumpulan data menunjukkan vaksin keluaran syarikatnya mampu menghasilkan antibodi Covid-19. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN