Syarikat roket Jerman berjaya hidupkan enjin lapan saat  - Utusan Malaysia

Syarikat roket Jerman berjaya hidupkan enjin lapan saat 

ROCKET Factory Augsburg menjalankan ujian pertama roket RFA One pada bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUGSBURG: Syarikat Jerman, Rocket Factory Augsburg (RFA) berjaya menjalankan ujian pertama roket RFA One dengan menghidupkan enjin selama lapan saat di tapak pembangunan di Kiruna, Sweden, bulan lalu. 

Sistem `enjin berperingkat’ roket digunakan oleh syarikat SpaceX dan Blue Origin namun belum dilancarkan di Eropah.

Menurut Pengarah Operasi RFA, Joern Spurmann, ia membolehkan 30 peratus muatan dibawa ke orbit.

Sebuah lagi firma Jerman, HyImpulse di Baden-Wuerttemberg mencatatkan pencapaian apabila berjaya menghidupkan enjin selama 20 saat dalam ujian yang dijalankan di Kepulauan Shetland, Mei lalu.

Pasukan tersebut hanya menggunakan bahan bakar berasaskan lilin untuk memaksimumkan kecekapan.

“Teknologi kami cukup maju untuk terlibat dalam pasaran pelancar mini,” kata Pengasas bersama HyImpulse, Christian Schmierer.           

Syarikat aeroangkasa Jerman, Isar Aerospace yang dikendalikan dari luar Munich dilaporkan belum menjalankan ujian enjin pertamanya.

Sebelum ini, syarikat pembuat kereta di Jerman mengesahkan menyertai perlumbaan angkasa lepas selepas melancarkan pelancar mini untuk satelit kecil, sekali gus bersaing dengan firma-firma utama di Amerika Syarikat (AS) seperti SpaceX.

Porsche turut mengesahkan penyertaan itu menerusi pelaburan AS$75 juta (RM316 juta) kepada syarikat Jerman.

Tiga projek yang dibangunkan menjadikan Jerman sebagai pemain penting dalam perlumbaan angkasa lepas itu.

Projek itu antara lain menyediakan pelancar mini bagi satelit kecil yang memantau bumi dan menyalurkan sambungan untuk Internet Kebendaan (IoT) dan kenderaan pintar. -AFP 

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya