SINGAPURA: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris selamat tiba di Pangkalan Udara Paya Lebar hari ini sempena lawatan selama tiga hari di negara ini.
Ketibaan Harris disambut oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negara Singapura, Vivian Balakrishnan, lapor Channel News Asia.
Kunjungan ke Singapura itu menandakan lawatan kali pertama beliau ke negara Asia sebelum ke Vietnam.
White House memaklumkan lawatan ke negara Asia Tenggara itu merupakan isyarat komitmen AS kepada rantau itu serta ‘sebahagian daripada Indo-Pasifik’.
Harris turut ditemani pegawai kanan dari pejabat naib presiden, Suruhanjaya Keselamatan Kebangsaan dan Jabatan Negara AS.