Setahun letupan mega pelabuhan Lubnan, ramai rakyat masih trauma - Utusan Malaysia

Setahun letupan mega pelabuhan Lubnan, ramai rakyat masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Pada 4 Ogos 2020, letupan yang berlaku di pelabuhan Beirut menggegarkan seluruh bandar raya ini, menyaksikan 214 maut dan lebih 4,000 cedera.

Letupan mega itu dipercayai berpunca daripada kebakaran gudang yang menyimpan ammonium nitrat iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai baja atau bahan mudah bakar.

Letupan boleh dirasakan sehingga Cyprus dan kerosakan kawasan sekitar tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Menjelang setahun insiden itu berlaku, penduduk Beirut masih trauma, selain tiada dalang yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian itu, keluarga mangsa masih belum menerima kunjungan, permohonan maaf mahupun penjelasan daripada kerajaan Lubnan.

Pensyarah di Universiti Beirut, Rima Rantisi berkata, letupan itu membuka mata semua penduduk mengenai barisan kepemimpinan yang menerajui kerajaan hari ini.

“Selagi mereka berkuasa, selagi itulah tiada apa yang berlaku. Kehilangan kami, kesakitan kami tidak akan dipedulikan oleh kerajaan,” katanya.

Bagi ahli muzik, Julia Sabra pula memaklumkan dia masih takut sekiranya ‘terdengar sebarang bunyi yang kuat’.

Seorang lagi mangsa, Shady Rizk pula bercadang untuk berhijrah kerana dia masih belum ‘dapat terima’ dengan apa yang berlaku.

“Trauma yang saya alami ketika ini merosakkan diri saya. Saya berasa terseksa,” ujarnya.

Insiden letupan itu menyaksikan ekonomi Lubnan merudum dan keadaan diburukkan lagi dengan pandemik Covid-19. – AFP

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN