Serangan di kuil: Pakistan kerahkan tentera - Utusan Malaysia

Serangan di kuil: Pakistan kerahkan tentera

GAMBAR tersebar dalam media sosial menunjukkan penunjuk perasaan menyerang kuil di wilayah Punjab, timur Pakistan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Pakistan mengerahkan pasukan paramiliter di sebuah pekan di wilayah Punjab, timur negara itu selepas puluhan penunjuk perasaan menyerang sebuah kuil Hindu.

Lapor Al Jazeera, serangan itu berlaku di Bhong di daerah Rahim Yar Khan semalam selepas mahkamah membenarkan seorang remaja Hindu yang didakwa menghina agama Islam, diikat jamin.

Terdahulu, remaja itu ditahan polis kerana disyaki melakukan perbuatan menghina agama Islam.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menerusi Twitter mengutuk sekeras-kerasnya serangan tersebut.

Menurut Imran, beliau sudah mengarahkan ketua polis wilayah Punjab untuk menahan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya