Sektor pelancongan Arab Saudi bakal pulih - Utusan Malaysia

Sektor pelancongan Arab Saudi bakal pulih

RAMAI dijangka akan menempah pakej umrah kerana rindu tanah suci tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Arab Saudi optimis melabur berbilion dolar bagi memulihkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk dengan membenarkan semula pelaksanaan ibadah umrah di tanah suci.

Sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, kerajaan Arab Saudi mencatatkan keuntungan sebanyak AS$12 bilion (RM60 bilion) setahun menerusi penerimaan kemasukan jemaah haji dan umrah dari pelbagai negara.

Serangan virus maut itu menyebabkan ibadah haji dan umrah tergendala seketika yang merupakan punca ekonomi utama bagi Arab Saudi.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada langkah mempelbagaikan sumber ekonomi dan mengelakkan kebergantungan terhadap sumber minyak.

Justeru, hari ini merupakan saat paling gembira bagi semua umat Islam apabila kerajaan Arab Saudi mula menerima kehadiran jemaah umrah dari negara luar dengan syarat sudah divaksin sepenuhnya.

Semua jemaah luar perlu menerima vaksin yang hanya diiktiraf oleh Arab Saudi seperti Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac serta bersetuju menjalani kuarantin.

Pembukaan semula sektor pelancongan itu selepas 18 bulan tanah suci tidak menerima kehadiran jemaah luar lantaran pintu sempadan negara ditutup akibat pandemik Covid-19.

Mekah dan Madinah mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari luar dengan memastikan langkah pencegahan Covid-19 sentiasa dipatuhi.

Sebanyak dua juta pengunjung dengan 60,000 jemaah pada setiap bulan dijangka mengunjungi Arab Saudi.

Kementerian Haji dan Umrah mengingatkan jemaah luar membawa sijil vaksinasi Covid-19 yang diiktiraf serta permohonan menunaikan umrah. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN