Rompak kedai serbaneka untuk bayar hutang judi - Utusan Malaysia

Rompak kedai serbaneka untuk bayar hutang judi

SUGIPRI bersama bahan bukti yang dirampas pihak polis. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki nekad merompak dua kedai serbaneka 7-Eleven di bandar ini kerana mahu melangsaikan hutang akibat hilang semua wang pertaruhan ketika berjudi.

Lelaki berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Sugipri itu melukis mukanya dengan cat bagi mengelakkan identitinya diketahui serta menggunakan pisau lipat untuk mengugut juruwang. 

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Sugipri melarikan diri dengan menunggang motosikal selepas merompak dua dua premis 7-Eleven di Laem Thong.

Selepas disoal siasat oleh pihak polis, Sugipri mengaku dia terkesan akibat pandemik Covid-19 sehingga mengalami masalah kewangan dan tunggakan bulanan sewa rumah. 

Disebabkan itu, dia memilih untuk berjudi supaya dapat memenangi hadiah utama, namun, sebaliknya berlaku apabila dia terjerat dengan hutang judi. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya