Ratusan keluarga Afghanistan tagih bantuan makanan, tempat tinggal - Utusan Malaysia

Ratusan keluarga Afghanistan tagih bantuan makanan, tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Ratusan keluarga Afghanistan yang berkampung di kawasan lapang di bandar ini menagih bantuan makanan dan perlindungan sekali gus menyaksikan krisis kemanusiaan selepas Taliban mengambil alih negara itu.

Semasa ribuan penduduk bersesak-sesak di lapangan terbang untuk menyelamatkan diri ke negara lain, masih ramai keluarga lain berada di khemah pelarian dan berbelah bahagi sama ada keadaan lebih selamat untuk pulang ke rumah atau tinggal di mana mereka berada sekarang.

Seorang suri rumah, Zahida Bibi berkata, dia terpaksa duduk berpanas di bawah sinaran matahari dengan ahli keluarganya yang ramai.

“Kepala saya sakit dan sangat lapar,” luahnya.

Ahmed Waseem yang hilang tempat tinggal dari utara Afghanistan berkata, mereka yang berada di kawasan lapang ini mengharapkan kerajaan yang mentadbir negara memberikan perhatian.

“Kami berada di kawasan padang terbuka yang sangat panas,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Taliban berkata, kumpulan itu tidak memberikan bantuan makanan kepada individu yang berada di kawasan lapang dan lapangan terbang kerana akan menyebabkan keadaan lebih bertambah sesak.

Katanya, kesemua individu tersebut sepatutnya pulang ke rumah masing-masing.-REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN