Rakyat Australia tak mahu dikurung, rancang protes jalanan - Utusan Malaysia

Rakyat Australia tak mahu dikurung, rancang protes jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Polis Australia mengawal ketat laluan dan menghalang kenderaan dari memasuki Sydney bagi menghalang protes anti perintah berkurung yang dirancang di bandar itu, hari ini.

Lebih 1,500 pegawai polis dikerahkan di sekitar laluan jalan Sydney, kereta api diarahkan tidak berhenti di stesen bandar utama dan jalan raya disekat bagi semua laluan.

Media Australia melaporkan protes sama dirancang di Melbourne yang turut dikenakan perintah berkurung.

Negara itu menyaksikan kadar jangkitan yang tinggi dengan 886 kes di New South Wales dan Victoria dengan jumlah penularan paling banyak di Sydney yang merupakan lokasi penyebaran varian Delta.

Bilangan kes Covid-19 di Australia sebenarnya masih rendah berbanding dengan negara membangun lain dengan kes keseluruhan hanya mencatatkan sebanyak 43,000 kes dan 978 kematian.

Walaupun begitu, penularan varian baharu menyaksikan peningkatan ketara dalam kes yang dilaporkan di seluruh negara.-REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN