JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dan Sinopharm kepada rakyat di negara itu, lapor Arab News.
Sebelum ini, hanya empat vaksin Covid-19 yang diluluskan untuk digunakan iaitu vaksin AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson&Johnson dan Moderna.
Kementerian Kesihatan berkata, individu yang sudah menerima suntikan vaksin Sinovac dan Sinopharm diiktiraf oleh negara itu kerana kajian santifik antarabangsa membuktikan keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut melawan virus.
Katanya, berdasarkan cadangan semasa, suntikan dos kedua perlu diambil sekurang-kurangnya tiga minggu selepas dos pertama.
Jelasnya, bagi individu yang mendapat jangkitan Covid-19 perlu menerima suntikan vaksin selepas tempoh 10 hari jangkitan dengan dos kedua tiga minggu selepas itu.
Arab Saudi merekodkan sebanyak 353 kes baharu semalam dengan jumlah kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 542,707.