Rahang terkehel lepas makan burger KFC - Utusan Malaysia

Rahang terkehel lepas makan burger KFC

RAHANG seorang wanita terkehel sehingga terpaksa menjalani pembedahan selepas makan burger Zinger KFC. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan bagi memulihkan rahangnya yang cedera selepas makan burger KFC.

Lapor Mirror, Holly Strevens, 34, perlu menjalani lima pembedahan dan memasang 18 skru pada bahagian kiri mulutnya selepas rahangnya terkehel ketika makan burger Zinger Wicked.

HOLLY STREVENS

Ibu kepada seorang cahaya mata itu didiagnosis mengalami sindrom temporomandibular joint (TMJ) iaitu gangguan pada otot dan saraf rahang yang disebabkan oleh kecederaan serta keradangan antara tulang rahang dan tengkorak.

“Saya berasa amat marah kerana hal ini berlaku, namun perkara itu boleh terjadi kepada sesiapa sahaja yang membuka mulut terlalu luas ketika makan.

“Saya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sehinggalah saya makan burger Zinger KFC,” katanya.

Strevens menceritakan, kejadian itu berlaku ketika dia makan burger Zinger sambil menonton televisyen di rumahnya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi pop yang kuat dan saya menyedari rahang kiri saya terkehel sehingga saya sukar menggerakkan mulut.

“Disebabkan itu, sehingga hari ini saya sukar mengunyah dan kesakitan yang melampau kadang kala menyebabkan saya terkena sawan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya