fbpx

17 Oktober 2021, 9:27 pm

Porsche labur RM316 juta ke angkasa lepas

PORSCHE membuat pelaburan besar kepada syarikat Jerman bagi melakukan penjelajahan ke angkasa lepas. -ISAR AEROSPACE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pembuat kereta jenama mewah, Porsche mengesahkan penyertaan dalam perlumbaan angkasa lepas selepas membuat pelaburan AS$75 juta (RM316 juta) kepada syarikat Jerman.

Perkembangan terkini itu sekali gus bakal menjadi pesaing terdekat kepada kapal angkasa lepas Blue Origin, SpaceX dan Virgin Galactic.

Lapor Daily Mail, syarikat roket yang bertapak di Ottobrunn, Isar Aerospace membangunkan dan menguruskan pelancaran kenderaan yang dirancang bagi membawa satelit ke orbit mengelilingi bumi.

Kapal angkasa itu dirancang dilancarkan tahun depan dan mendakwa kenderaan roket ‘Spectrum’ akan menawarkan harga lebih murah dan pelancaran satelit lebih fleksibel.

Ahli Lembaga Pengarah Porsche, Lutz Meschke berkata, sebagai pelabur yang memfokuskan kepada teknologi pergerakan dan industri, pihaknya yakin akses ke ruang angkasa lepas yang lebih jimat dan fleksibel mampu menjadi pencetus inovasi dalam banyak sektor industri.

Jelasnya, menerusi Isar Aerospace, pihaknya melabur dalam sebuah syarikat yang memiliki kedudukan yang baik untuk memantapkan diri sebagai pengeluar kenderaan pelancaran terkemuka di Eropah.

Dia malah melihat perkembangan pesat firma roket itu sebagai sangat mengagumkan.

“Pembiayaan itu akan membolehkan kapal angkasa itu meneroka lebih jauh dalam pelancaran, pengujian dan infrastruktur pembuatan untuk operasi roket dan komersial automatik.

“Angkasa lepas akan menjadi platform teknologi utama bagi kebanyakan industri di seluruh dunia daripada sektor automotif hingga telekomunikasi,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI