Perisik AS cuba rungkai asal Covid-19 - Utusan Malaysia

Perisik AS cuba rungkai asal Covid-19

PENDUDUK melakukan ujian asid nukleik bagi mengesan jangkitan Covid-19 di Wuhan, wilayah Hubei, China. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) giat melakukan pencarian data genetik yang boleh merungkai misteri asal usul Covid-19.

Lapor CNN, data berkenaan mengandungi rangka tindakan genetik yang diambil dari sampel virus dikaji di makmal di Wuhan, China yang dipercayai mungkin menjadi sumber wabak Covid-19.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan bagaimana atau bila agensi perisikan AS itu akan memperoleh maklumat berkenaan.

Namun, menurut sumber, mesin yang terlibat dalam memproses data genetik seperti itu daripada virus biasanya disambungkan kepada Cloud based server.

Jelasnya, pelbagai cabaran terpaksa dilalui termasuk keperluan untuk memanfaatkan kuasa pengkomputeran yang mencukupi ketika menterjemahkan data mentah kepada maklumat yang boleh diguna pakai.

Untuk berbuat demikian, agensi perisikan akan bergantung pada pakar-pakar komputer di Makmal Nasional Jabatan Tenaga yang merupakan antara 17 institusi penyelidikan kerajaan terkemuka.

Agensi perisikan bukan sahaja memerlukan saintis yang cukup mahir untuk mentafsir data genetik yang kompleks, malah mereka harus memahami bahasa Mandarin memandangkan semua maklumat berkenaan akan ditulis dalam bahasa tersebut dengan perbendaharaan kata yang khusus.

Pasukan pegawai yang menjalankan kajian 90 hari itu berharap agar maklumat ini dapat membantu menjawab persoalan bagaimana virus tersebut menular dari haiwan kepada manusia.

Seorang lagi sumber berkata, tindakan merungkai misteri itu amat penting untuk menentukan sama ada virus Covid-19 bocor dari makmal atau menular kepada manusia melalui haiwan di hutan.

Sementara itu, pasukan penyiasat sudah lama mencari data genetik daripada 22,000 sampel virus yang dikaji di Institut Virologi Wuhan.

Pegawai China didakwa mengeluarkan data tersebut dari internet pada September 2019.

Sejak itu, China enggan menyerahkan data genetik dan data mentah lain mengenai kes Covid-19 awal kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan AS.

Timbul juga persoalan sama ada Institut Virologi Wuhan atau makmal lain di China mempunyai sampel virus dan maklumat lain yang dapat membantu pasukan penyiasat mengesan sejarah evolusi koronavirus.

Menurut dua saintis yang mengkaji Covid-19, mereka berasa ragu-ragu sama ada wujudnya data genetik dalam 22,000 sampel atau pangkalan data lain di Institut Virologi Wuhan yang belum diketahui oleh pakar penyelidik.

Seorang sumber berpandangan tindakan mencari data genetik itu tidak mencukupi untuk membuktikan dengan tepat sama ada virus itu berasal dari makmal di Wuhan atau tercetus pertama kali secara semula jadi.

Katanya, pasukan penyiasat masih perlu mengumpulkan petunjuk kukuh lain untuk menentukan asal usul wabak tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya