Perintah berkurung New Zealand hadkan penularan Covid-19 - Utusan Malaysia

Perintah berkurung New Zealand hadkan penularan Covid-19

JACINDA ARDERN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memaklumkan, perintah berkurung yang dilaksanakan di seluruh negara ketika ini membantu dalam mengehadkan penularan jangkitan Covid-19.

New Zealand merekodkan sebanyak 68 kes jangkitan baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan adalah 277.

Sebanyak 263 kes direkodkan di Auckland, manakala 14 lagi di Wellington.

Negara ini dijangka menjalani perintah berkurung sehingga hujung bulan ini.

“Perintah berkurung mula beri kesan positif, namun varian Delta sangat teruk dan cepat merebak dari yang kita sangka,” kata Ardern.

Negara ini mula bergelut dengan peningkatan kes jangkitan selepas muncul kes varian Delta di Auckland. – REUTERS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN