Perintah berkurung di Melbourne dilanjutkan lagi - Utusan Malaysia

Perintah berkurung di Melbourne dilanjutkan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Kira-kira lima juta penduduk yang tinggal di bandar kedua terbesar Australia akan diletakkan di bawah perintah berada di rumah selama seminggu lagi.

Langkah itu selepas pihak berkuasa melanjutkan perintah berkurung berikutan gagal menangani kes jangkitan Covid-19 di Melbourne.

Bandar ini melaksanakan perintah berkurung kali keenam setelah kluster varian Delta dikesan di sebuah sekolah di Melbourne dan dilaporkan menular dengan pantas.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata, perintah berkurung akan dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga 19 Ogos ini.

Katanya, langkah itu diambil selepas 20 kes baharu termasuk beberapa kes `misteri’ dikesan semalam.

“Terdapat banyak kes yang mana puncanya tidak jelas, jadi adalah selamat untuk melanjutkan perintah berkurung ini,” katanya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN