SUVA: Kerajaan Fiji hari ini mengumumkan mana-mana penjawat awam yang belum menerima suntikan vaksin atau tidak mahu berbuat demikian akan dipaksa mengambil cuti dan tidak dibenarkan bertugas.
Langkah itu diambil ketika kes jangkitan Covid-19 akibat penularan varian Delta terus meningkat di negara ini dengan lebih 40,000 kes.
Kerajaan negara ini menegaskan, program vaksinasi diperlukan untuk meningkatkan imunisasi penduduk, sekali gus mengurangkan kadar jangkitan.
Bermula hari ini, mana-mana penjawat awam yang tidak divaksin sehingga November akan dipecat.
Selain itu, pekerja sektor swasta juga perlu mengambil vaksin dan operasi syarikat boleh dihentikan atau dikenakan denda sekiranya ada pekerja enggan divaksin.
Beberapa negara lain seperti Kanada, Amerika Syarikat, Zimbabwe dan Arab Saudi turut mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan pekerja barisan hadapan. – AFP










