Pengarah makmal Wuhan arah saintis tutup mulut isu Covid-19 - Utusan Malaysia

Pengarah makmal Wuhan arah saintis tutup mulut isu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengarah Institut Virologi Wuhan didakwa mengeluarkan arahan kepada semua barisan saintis di makmal tersebut supaya jangan membuka mulut mengenai Covid-19.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Prof. Wang Yanyi didakwa menghantar emel kepada semua saintis di institut berkenaan meminta mereka tidak menyebarkan sebarang maklumat mengenai koronavirus.

WANG YANYI

Jelas jabatan itu, butiran emel yang berjaya didapatkan oleh organisasi penyelidikan kajian awam, US Right to Know (USRTK) menunjukkan Yanyi menghantar emel tersebut kepada semua saintis pada Januari tahun lalu.

Yanyi sebelum ini menafikan semua dakwaan mengenai virus Covid-19 yang didakwa dicipta dalam makmal dan tersebar kepada manusia, selain beliau memberi jaminan institut kendaliannya itu ‘selamat 100 peratus’.

Jabatan Negara AS memaklumkan, pendedahan mengenai emel itu juga ditulis oleh seorang penulis blog yang berpangkalan di Guangzhou sebelum penulisan tersebut dipadam.

Sejumlah makmal di Wuhan menjadi perhatian dunia selepas Covid-19 didakwa dihasilkan di satu daripada makmal berkenaan.

Sejak itu, timbul pelbagai teori yang mengaitkan Wuhan dengan asal usul virus Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya