Pengantin hantar invois AS$240 kepada tetamu gagal hadir majlis - Utusan Malaysia

Pengantin hantar invois AS$240 kepada tetamu gagal hadir majlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Sepasang pengantin menghantar invois bernilai AS$240 (RM997) kepada semua tetamu yang gagal menghadirkan diri ke majlis perkahwinan mereka tanpa memaklumkan sebarang alasan terlebih awal.

Kesemua tetamu tersebut diberikan notis sebulan menerusi kiriman emel untuk membayar denda tersebut.

Gambar invois tersebut menjadi tular dalam media sosial.

Doug dan Dedra Simmons mengenakan caj makan malam terhadap tetamu yang tidak menghadiri majlis perkahwinan mereka di Royalton Negril Resort and Spa di Jamaica.

“Invois ini dihantar kerana anda sudah mengesahkan kehadiran ke majlis perkahwinan semasa pengesahan kali terakhir dibuat.

“Amaun tertera adalah kos bagi kerusi setiap tetamu kerana anda tidak memberikan sebarang maklum balas sama ada melalui telefon atau sebarang notis mengenai ketidakhadiran. Anda boleh membuat pembayaran menerusi Zelle atau PayPal,” tulis invois itu.

Pasangan itu memaklumkan mereka membuat pengesahan sebanyak empat kali kepada semua tetamu yang diundang.

“Mereka kerap berkata ‘Ya’. Kalau beritahu saya tidak dapat hadir tidak mengapa, saya faham, tetapi langsung tidak beritahu apa-apa dan saya pula terpaksa bayar bagi setiap pasangan tetamu yang dijemput,” luahnya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.