Papua Barat dilanda gempa bumi kecil - Utusan Malaysia

Papua Barat dilanda gempa bumi kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAYAPURA: Gempa bumi kecil berukuran 4.0 skala Richter melanda wilayah Ransiki, Papua Barat pada pukul 2.00 petang (waktu tempatan) tadi.

Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) berkata, pusat gempa berada dalam jarak 18 kilometer (km) barat laut Ransiki dengan kedalaman 40 km, lapor Tribunnews.

Gempa tersebut tidak berpotensi menyebabkan Tsunami dan gegaran itu dapat dirasakan sehingga daerah Manokrawi.

Penduduk tempatan memberitahu gegran itu dapat dirasakan di dalam rumah seperti sebuah trak yang sedang melalui kawasan perumahan.

Sehingga kini, belum ada sebarang laporan kerosakan yang berpunca akibat gempa bumi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN