Paderi antara ditahan rogol, bunuh kanak-kanak perempuan 9 tahun - Utusan Malaysia

Paderi antara ditahan rogol, bunuh kanak-kanak perempuan 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang paderi dan tiga lelaki didakwa merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk sehingga berlaku tunjuk perasaan di New Delhi.

Menurut polis, kanak-kanak perempuan itu diserang oleh paderi berusia 53 tahun dan tiga lagi lelaki pada 1 Ogos lalu ketika dia pergi ke pusat pembakaran mayat untuk mengambil bekalan air.

Keempat-empat suspek yang ditahan sejak awal Ogos lalu berdepan dengann hukuman mati jika disabit kesalahan.

Ibu mangsa terdahulu memaklumkan kepada polis, dia dipanggil oleh keeempat-empat suspek supaya pergi pusat pembakaran tersebut kerana anaknya mati terkena renjatan elektrik.

Mereka turut memberitahu wanita tersebut supaya tidak membawa mayat anaknya ke hospital untuk dibedah siasat kerana pasukan perubatan akan mengeluarkan organ anaknya untuk dijual.

Kemudian, mayat anaknya dibakar sebelum beberapa penduduk tempatan menghalang proses tersebut dan mengeluarkan sebahagian mayat kanak-kanak itu.

Penduduk tempatan bertindak demikian selepas berasa curiga dengan penjelasan yang diberikan oleh kesemua suspek.

Secara purata, hampir 90 kejadian rogol dilaporkan di India setiap hari pada 2019.

Namun, jumlah sebenar dijangka lebih tinggi kerana ada mangsa yang takut membuat laporan polis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya