Obses permainan video, rakan anak tidak mahu pulang ke rumah sendiri - Utusan Malaysia

Obses permainan video, rakan anak tidak mahu pulang ke rumah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Seorang wanita menceritakan dia terpaksa menghubungi polis untuk menghantar pulang rakan anaknya yang enggan balik ke rumah kerana terlalu leka bermain permainan video.

Lapor India Times, perkara itu didedahkan oleh seorang wanita menerusi laman web Reddit, baru-baru ini.

Menurut wanita tersebut, anaknya mempunyai seorang rakan yang sering datang ke rumah mereka untuk bermain, namun keadaan mula jadi tidak terkawal apabila kanak-kanak tersebut menjadi obses terhadap semua barang permainan anaknya.

“Anak lelaki sayang, Brian, 13, mempunyai seorang rakan sebaya bernama Tom.

“Mereka berkawan baik, namun saya kurang selesa dengan sikap Tom yang sering mengambil kesempatan terhadap semua barang permainan anak saya, terutamanya permainan video.

“Setiap kali Tom datang, dia akan bermain permainan tersebut seorang diri tanpa mengajak anak saya bermain sama boleh menghabiskan masa selama berjam-jam untuk itu,” katanya.

Jelas wanita tersebut, keadaan semakin teruk apabila hujung minggu apabila Tom akan bermalam di rumahnya untuk bermain permanan video dan selepas bersarapan pagi, kanak-kanak itu akan menyambung aktivitinya.

Brian pernah memberitahu Tom sudah tiba masanya untuk pulang ke rumah dan wanita tersebut turut menyuruhnya balik, namun gesaan tersebut tidak diendahkan.

Wanita itu juga pernah menghubungi ibu Tom untuk mengambil anaknya, namun tiada jawapan.

“Saya mencabut konsol permainan video untuk menghentikannya bermain, namun Tom duduk di dalam bilik Brian sehingga tidak mahu keluar.

“Jadi, saya terpaksa menghubungi polis untuk menghantarnya pulang ke rumah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya